Wednesday 23 May 2012

Cerita Pendek (Cerpen)



Muliakah dia??

Balkis Hawa Aurora....Nama seindah tuan empunya badan...tinggi lampai..kulit putih kemerah-merahan,hdung mancung , bibir bak delima merah, rambut tok sah kata,,kalah orang wt treatment mahal2 (gna rejoice la katakann ;p...)..sesiapa sahaja yg melihat dirinya akan terpaku dan terpesona dgn kecantikan yg diperolehnya...x kurang jga yang mencemburui dan sentiasa mngutuk blakang ...bukan itu shaja, status keluarganya yang kaya juga mmbuatkan dirinya mnjadi sebutan di kalangan pelajar2 di institusi tersebut.



"Kis, da msuk waktu da tu,jom solat sesama kat surau nak?"

Diana, roomatenya yg tlah pun hdup hmpir 6 bulan sebumbung tp tdak sekatil , sering mngajaknya untuk solat, namun pelawaannya sering tidak diendahkan...



"Solat? err,,jap gi la, u go first,okay ?" jawabnya dengan selambe kerbau..

begitulah jawapannya setiap kali diajak untuk solat bersama-sama di surau..Diana tahu, Balkis Hawa Aurora sdah lama tdak mendekatkan dri dgn Yang Maha Esa..apa yang bermain di kepala Kis, hanya lah 'clubbing', 'lelaki' , 'duit'..tetapi,di sebalik 'kekurangan' yg ad pda dri Kis, Diana berasa agak kagum apabila Kis sentiasa mndapat 'dekan' dlm ap2 sja exam..'Mungkin sudah rezekinya', Diana bermonolog sendirian.



"Hey Kis..! Whats' up? Clubbing tonight?", tegur si Amy atau nama sebenar Aminah n the gang yg terdri dr May( nma sbenar Umaira ), Jamie (nma sebenar Jamilah), Zee (nma sebenar Zubaidah) yg entah dtg dr mana tah, trus meluru ke arah Kis.

"Yeah, Of course,and it's on me," . Kis mnjawab dgn nada cool and calm.

"Yeayyy! I know you would say so,dear! okay, see u tonite! let's go girls! "

dengan lagak speaking knon2 pure minah2 saleh, Amy and the geng beredar mninggalkan Kis yg otw balek hostel..



Sesampainya di hostel, Kis trus ke almari pakaiannya yg mak aii, mcm org buka butik daa..terlampau banyak! sampai kena beli extra almari stu lagi ltak dalam bilik..Kis memilih bju dan melakukan 'mix and match' ..Style yg ditonjolkan oleh Kis selalu mnjadi ikutan para pelajar yg 'knonnya mngikut peredaran fesyen' di situ.. Diana hanya memerhatinya dari jauh dan hanya mampu berdiam dri kerana dia sdah dapat mengagak ke mana roomatenya akan pergi slepas ni..



Azan Asar berkumandang..Kis masih leka memilih baju sambil mendengar MP5..di mulutnya pula sentiasa menyanyikan lagu2 inggeris terkini..Diana yg dari td hanya memerhati Kis ,ingin menegur Kis untk berhenti sebentar untuk menghormati Azan, namun panggilannya tdak didengari kerana volume MP5 nya, Ya Allah bole pekak dibuatnya..



Diana hanya mampu mendiamkan dri dan trus menuju ke tandas untuk mengambil wuduk dan langsung menuju ke surau..



Malam itu, Amy, Zee, May, Jamie dan Kis terus dibuai dengan 'keindahan' dunia mereka, menari, mghisap rokok , yang sudah pasti amat MULIA di sisi SYAITAN...MasyAllah,,mntak dijauhkan..~Sedang asyik menari..........Zee mula mmbuka mulut..



"So, how's your new boyfie now?", soal Zee ingin mengambil tahu.

" Great! Aku mntak ap suma dia bagi," jawab Kis dgn bangga.

"Waa, you're so lucky baby, you should bring him here,"

" Why must I? Im not too serious with him, let him be,"

" Wooooo..like seriously you don't even care?"

" Yeah, why must I? I can get someone else better than him,"

"Better than him? OMG, Kis. You must be kidding me, you are now dating with engineer. And yet before, you have already dated with CEO businessman, doctor, lawyer,anak dato', anak tan sri, pilot, accountant , who else would be better?"

" I don't know, just see,,", Kis mengakhiri jawapannya..



Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Di bilik, Diana risau menunggu kepulangan Kis..sambil menunggu, Diana sempat membuka Buku Surah Yasin dan membacanya dengan tenang.



"Kis da balik? Kis dari mana?", soal Diana setelah melihat Kis melangkah masuk ke bilik.

" You don't have to worry about me, okay? Im fine, and I can take care of myself!" tegas Kis lalu terus menghempaskan dirinya ke katil.

Diana hanya mampu menggelengkan kepala dan jauh di sudut hatinya, dia berdoa agar pintu hati Kis terbuka untuk kembali ke jalan benar.



Hari Sabtu, hari yang boleh dikatakan 'relax' bagi para pelajar kerana mereka boleh berehat di bilik tanpa memikirkan tentang kelas. Namun bagi Diana,walaupun hari tersebut merupakan hari cuti, Diana tetap ke library awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Bagi Kis pula, hari tersebut merupakan hari paling 'heaven' untuk dirinya, kerana dia boleh bangun lambat dari hari2 yang biasa.



Azan Zohor telah pun berkumandang, Diana segera pulang ke hostel untuk menunaikan solat Zohor berjemaah di surau. Sesampainya di bilik, Diana bingung melihat Kis yang hanya termenung di atas katil.



"Kis, awak okey?"

Masih tiada jawapan dari Kis.

"Kis, awak tak sihat ke?"

Diam.



Diana mnuju ke katil Kis dan menyapa bahunya dengan lembut."Kis, awak x pape ke?"

Kis sedar dari lamunan panjang.

"Tak de pape,"

Pendek,dan ringkas.



"Oh, ok. Tak pe lah. Saya nak gi masjid, awak nk ap2 ke, nnti sy belikan dekat kafe,"

"X pe, saya kenyang lagi."

"Kalau cmtu, sy gi dlu ye?"

Diana mula beredar. Tiba-tiba...



"Diana!"

Diana yang tenang ketika hendak melangkah keluar ,terkejut dengan pnggilan Diana yang tiba2.

"Ad ap Kis?"

"Err..hati-hati.."

Diana amat bingung dengan tingkah laku Kis pada ketika itu, namun dia rasa amat gembira dan terharu dengan ucapan temannya itu.



Selesai sj solat Zohor, Diana terus mnuju ke bilik. Hairan separuh matinya dia apabila melihat Kis duduk di meja study sambil mentelaah kerana kebiasaanya pd hari Sabtu dan Ahad , Kis jarang berada di rumah. Diana mula tersenyum sendirian dan menuju ke almari pakaiannya untuk menyimpan kain telekung. Tiba-tiba dia terlihat satu cebisan kain yang baginya tidak asing di penjuru almari Kis..... Kain telekung??? Terkejut campur hairan bertambah lg dgn persoalan yang pelbagai mula bermain di fikiran. Diana terus melihat di penjuru katilnya yang tersangkut sejadah kepunyaannya berada dalam posisi yang berbeza seperti posisi lipatan yang sebelumnya.



Dia kini dapat mengagak dan menjawab persoalan yang bermain di mindanya lalu tersenyum puas.

"Alhamdulillah, Kis da mula solat kembali,"..



" Allahuakbar..Allahuakbar.."



Azan Maghrib bergema. Seperti biasa, Diana segera mengambil wuduk dan kembali ke bilik untuk memakai kain telekung. Alangkah terperanjatnya dia smpai x boleh kata pa dah, bila melihat Kis sudahpun lengkap memakai kain telekung dan senyum ke arahnya.



"Nak ikt awak ke masjid, boleh?"

Mengalir air mata Diana penuh kesyukuran apabila soalan itu ditujukan sendiri oleh Kis. "Mestilah boleh, jom!"



Sejak hari itu, hubungan Kis dan Diana menjadi makin akrab. Mereka sering ke surau bersama-sama, mengulang kaji bersama-sama, makan bersama-sama, dan apa yang paling menggembirakan ialah, Kis sudah mula memakai tudung dan tidak lagi menjejakkan kaki ke kelab malam dan melakukan perbuatan lain-lain yang tidak diredhai Allah SWT.



Namun, sehingga kini, Diana masih tertanya-tanya apakah penyebabnya Kis berubah secara drastik. Diana tekad ingin mencari punca Kis berubah kerana dia tahu besar pengorbanan dan keperitan yang perlu seseorang itu lalui untuk berubah.



Satu petang, ketika mereka beriadah bersama-sama di taman.....



"Kis, boleh saya tanya satu soalan?"

"Bukan satu, berpuluh-puluh soalan pun saya akan jawab klau awak yang tanya,"

"Kenapa tiba-tiba awak boleh berubah?"



Suasana diam seketika....krrikk..krriikk..krrikk..



"Err,maaf, saya x patut tnya soalan tu kan, sory Kis,". Diana memulakan bicara kembali.



Kis tersenyum.

"Tak ap laa,Diana. Saya thu, awak mesti curious kan? Hmm, oke lah, saya akn terangkan kat awk ye,"



Diana lega mendengar jawapan dari Kis dan mula memasang enjin telinga.



"Dulu, selagi awak x kejutkan saya bgun dari tdo lagi2 hari Sabtu and Ahad, msti saya x kan bagun kan?"

Diana hanya mengangguk."Alhamdulillah, saya dikejutkan dengan suara Azan pada waktu tu. Saya pn x pasti kenapa saya boleh terjaga, tapi apa yang sy sgat pasti, suara Azan ketika itu telah menarik urat-urat telinga saya spaya fokus trhadap kalimah-kalimah Azan. Saya terkedu dan terus bangun. Sungguh indahnya gema azan pada ketika itu dan telah mmbuatkan saya sedar dan insaf yang saya telah pun berada dalam golongan2 yang dimurkai Allah SWT.Namun, apa yang saya lebih pasti, sy telahpun jatuh hati dgn suara Azan itu."



Diana hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.



"Alhamdulillah, bguslah. Lega sy dengar penjelasan dr awk. Sebenarnya, orang yang selalu azan di masjid tu orang lain, tapi bermulanya hari Santu itu, orang itu digantikan dgn orang yang lain ats sebab yg x diketahui. Mungkin sbb tulah alunan azannya kedengaran berbeza sedikit", terang Diana satu persatu.



"Orang lain? Siapa? Bukan selalunya Firdaus, budak Fakulti Engineering tu?"

"Selalunya memang dia, tapi hari tu orang lain, tak silap sy, namanya Adam,"

"Adam? "

"Ya, Zikriel Adam, cos Fakulti Islam Kontemporari,"

" Tak pernah dgar pn sebelum ni?"

" Oh, haha, Kis.. Kis.. Dia ni mcm 'ustaz' skit. Low- profile. Saya pn baru je kenal, apatah lagi awk. Awk kan dlu 'hotstuff' , mne nak knal dgn 'pak-pak ustaz ni',haha,"

"Awak ni, x baek taw,". Cubitan manja singgah di tangan kiri Diana.

"Aww,sakitlah,,hehe,,oke2, saya gurau..saya mintak maaf ye,". Perbualan petang itu diakhri dengan gelak tawa dua sahabat tersebut.TAMAT..



hahaha,,x la..ad lagi la..sambung di bawah,,



Setelah selesai solat isya' berjemaah di masjid, mereka berdua pun mula beredar. Tiba-tiba,...



"Asalamualaikum, Diana, "

"Waalaikumsalam,"



Diana dan Kis segera menoleh untuk melihat tuan yang mmberi salam tersebut.



"Oh, Adam, ad ap?"

" Diana, tolong sampaikan pesanan untuk Amirah, britahu dia yang saya perlu snarai ahli kelab memanah esok ye untuk dikemaskini dalam fail, "

"InsyAllah,"



Kis dari tadi hanya terpaku,diam.



"Oh ya, Kis, ni la Adam, empunya diri yang azan setiap hari di surau. Adam, sy rasa awak kenal ngn Kis, kan?"



Kis masih diam tanpa membicarakan apa2 pun.



"Maaf, sy tak berapa kenal. Siapa kembali nma kwan awk, Diana?"

"Kis. Balkis Hawa Aurora,"

" Oh, hmm. Balkis, kalau awak nak sertai kelab memanah awk boleh bagi nama awk pada Amirah ,ye. Baiklah, sy mintak dri dlu,. Assalamualaikum,"

Diana menjawab salam kembali. Dia melihat Kis masih lagi diam mcm orang bru pas tgk hantu dok joget depan2.



"Kis? Kis? Balkis Hawa Aurora?". Ton suara Diana ditinggikan.

"Ha? Ye.ye..Ad ap?" jawab Kis terkebil-kebil dari lamunan panjangnya.

" Ya Allah, teruknya awak mengelamun, smpai mcm ni skali, da terjatuh hati dgn tuan punya badan tukang azan ke? "

"Hehehe,,maafkan sy,,,eh x laa,,mna ad,,awak ni,". Balkis tersipu malu dengan kata-kata Diana. Jauh di sudut hati dan naluri Kis, dia pasti dia tidak dapat menyangkal dakwaan Diana terhadapnya sebentar tadi. Dia sudah mula jatuh hati dengan pemilik suara azan tersebut..

Saat itu, Balkis mula bermonolog sendirian,.



" Sungguh cerah dan tenang wajah hambaMu itu, Ya Allah..Alangkahnya indahnya jika lelaki soleh seperti itu dapat menjadi pembimbing kepadaku untuk menuju jalan cintaMu.Amin."..



Balkis sedar dia hanya seorang hamba yang hina, dan sudah pastinya tidak layak untuk lelaki sebaik itu.Dia juga sering tertanya-tanya adakah dia masih layak untuk bertaubat, apakah solat dan ibadah yang dilakukannya diterima Allah SWT kerana dia sudahpun melakukan dosa yang terlampau banyak dan berat dan dipandang hina oleh Allah SWT. Balkis sering merasakan dirinya kotor dan terlampau hina di sisi Allah SWT sehinggakan setiap kali menunaikan solat, dia akan menangis. Mulut dan hatinya tidak putus-putus ingin memohon ampun dari Yang Maha Esa.

Pada satu pagi yang hening, selesainya Diana menunaikan solat Subuh, dia melihat Balkis masih berada di tikar sembahyang, menadah tangan , memohon keampunan. Diana berasa amat hiba melihat perlakuan temannya itu. Sedangkan dia sendiri yang juga merupakan insan biasa, yang juga tidak terlepas melakukan dosa, tidak pernah menangis, meratapi dosa-dosa yang telah dia lakukan sampai begitu sekali. Setelah Balkis selesai meng'amin'kan doanya, Diana terus menuju ke temannya itu dan memeluknya.



"Sabar, Kis. Allah SWT tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNya, malah Dia amat kasih dan cinta akan hambaNya yang sentiasa memohon keampunan dariNya. InsyAllah, Dia pasti akan mendengar doa awk,".

Air mata dua sahabat terus jatuh berderai memecah hening subuh.



Hari berlalu seperti biasa sehingga satu hari, kedengaran azan Zohor yang agak berbeza seperti hari-hari yang sebelumnya.



"Kis, jom ke surau?"

"Okay, tggu kejap ye, nak ambil wuduk,". Balasnya senada.Wajah Balkis kelihatan tenang,tetapi hati dan fikirannya Allah SWT shaja yang tahu. Fikirannya ligat berfikir tentang suara Azan yang baru didengarinya sebentar tadi.



Setelah selesai menunaikan solat Zohor, mereka pun mula beredar dari surau. Dalam perjalanan pulang ke bilik, Diana disapa oleh Azmi, rakan sekuliahnya yang juga merupakan ahli kelab memanah.



"Assalamualaikum,".

Diana dan Balkis serentak menjawab salam.

"Diana, nampak Amirah tak?"

"Tak pulak. Rasanya time2 ni, dia slalu ke library, maklumlah kan sekarang musim exam. Kenapa Azmi?"

"Tak. Aku cuma nak sampaikan pesanan je. Harini meeting Kelab Memanah dibatalkan. Pengerusi kitorang x dapat hadir,"

"Oh, nanti aku sampaikan. Siapa pengerusi Kelab Memanah?"

"Adam. Tiba-tiba tadi dia ambk emergency leave. Aku pun x twu dia ke mana,"



Adam? Kini segala persoalan di minda Kis sudahpun terjawab.



Seminggu sudahpun berlalu, suara Azan yang amat dirinduinya masih tidak kedengaran. Saban hari, dia berasa resah dan gelisah.



"Diana, boleh saya twu, kenapa Adam dah x azan kat surau ?"

"Hmm. Wallahualam. Apa yang saya dengar, dia skg x berapa sihat. Sakit apa ,saya pun x pasti,"



Resah dan gelisah Balkis semakin menjadi-jadi. Setiap kali menunaikan solat, Balkis akan selalu berdoa akan kesejahteraan Zikriel Adam.Namun dia sedar , dia tdak dapat berdiam diri. Dia harus melakukan sesuatu untuk memastikan ap yang sebenarnya terjadi terhadap orang yg telah mencuri halwa telinganya itu.



Pada satu malam, ketika Balkis menuju ke kafe seorang diri, dia terserempak dengan Azmi yang ketika itu sedang makan bersama kawan-kawannya.



"Err. Assalamualaikum,"



"Waalaikumsalam". Jawab Azmi dan rakan-rakannya serentak. Azmi amat terperanjat melihat Balkis yang sudah pasti satu kolej kenal kecuali Adam, berada di hadapannya. Dia mula tersenyum nakal.



"Ye, ap yang boleh saya bantu, Cik Balkis Hawa Aurora?". Lagaknya tidak ubah seperti polis yang duk kat bahagian kaunter aduan sambil diperhati oleh rakan-rakannya yang lain.



"Boleh saya tawu, sebenarnya ap yg berlaku kat Adam?"

"Adam? Haha. hujan x, ribut pun x, kenapa tetiba tanya pasal Adam? Ingat nak tanya pasal saya,"

"Err, maaf . Saya serius, boleh tolong britahu prkara sebenar ?"

"Hmm, Adam sekarang kat Mutiara Medical Center.Dia sakit,", terang Azmi satu persatu walaupun agak kesal dengan pertanyaan yang ditujukan oleh Balkis kepadanya.

"Adam sakit apa?"

"Yang tu aku x twu. Balkis pergilah siasat sendiri ye," jawab Azmi, ringkas.



Pada hari keesokannya, Balkis segera menuju ke hospital yang dikatakan oleh Azmi seorang diri. Diana yang sibuk mengulangkaji pelajarannya untuk persiapan exam tidak sedar akan perbuatan yang dilakukan temannya itu.



"Zikriel Adam, wad Sri Mawar 1, bilik no 6,".



Setelah diberi information oleh nurse yang berada di 'front desk', dia segera menuju ke bilik yang didiami Adam. Di luar bilik itu, kelihatan seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 15 tahun, sedang asyik termenung.



"Adik, tumpang tanya, ni bilik Zikriel Adam ke?"

"Akak kawan abang Adam ye?". Mimik muka budak perempuan tersebut mula bertukar riang.

"Err, ye, akak kawan abang Adam. Adik ni adik Adam ke?"

"Ye kak. Nama saya Zurina Alia, kak panggil je Alia,"

"Oh, sedap nama adik,"

" Terima kasih kak, boleh Alia tawu nama akak?"

" Nama akak Balkis Hawa Aurora, akak satu kolej ngn abang Alia,"

"Wah, sedapnya nama akak. Alia panggil akak, kak Hawa boleh?"

Balkis terpaku sebentar. Tidak pernah seorang pun dalam hidupnya memanggil dia dengan panggilan itu, bahkan ibu bapanya pula memanggil dia dengan panggilan 'baby'.



"Boleh, apa salahnya,", jawab Balkis penuh senyuman.

"Dah lama ke kak Hawa berkwan dengan abang Adam?"

Sekali lagi Balkis terdiam, otaknya mula ligat berfikir tentang jawapan yang harus dia perkatakan.

"Kak Hawa kenal abang Alia dah lama, tapi kami x pernah pun bersembang,hanya teman sekolej,"

"Oh. Alia ingat kak Hawa, berkawan rapat dgn abang Adam, sbb sebelum ni, abg x pernah pula cerita tentang kwn perempuannya kat Alia. Selama abang masuk hospital pun, belum prnah ada lagi orang yang melawat abang,"

"Boleh kak Hawa twu, mana parents Alia?"

"Parents Alia dah x de, mninggal dalam nahas jalan raya yang berlaku 5 tahun lepas. Alia sekarang hanya ada abang Adam dan nenek je. Nenek pun dah uzur, x boleh nk melawat abang kat hospital," tuturnya satu persatu dan tanpa disedari air mata Alia mula bergenangan.

Balkis turut simpati dengan nasib Adam dan adiknya. Dia tidak dapat membayangkan hidup tanpa ibu bapa, perlu berdikari dalam mencari dan membina hidup sendiri.



"Sabar ye Alia. Allah SWT lebih sayangkan ibu bapa Alia. Alia kena sentiasa ingat, dugaan yang diturunkan Tuhan adalah tanda Dia amat menyayangi diri kita,"

"InsyaAllah kak. Tapi Alia sedih sangat. Alia x nak Tuhan ambil abang Adam sekali,"

"Hmm, boleh kak Hawa tahu, abang Adam sebenarnya sakit apa?"

"Abang sebenarnya sakit jantung berlubang. Doktor kata, sakit abang dah sampai last stage dan tak ad penawar lain kecuali jika ada penderma,". Deraian air mata Alia gugur kembali. Balkis yang sebelumnya tenang kini turut kalah dan mengalirkan air mata setelah mendengar sakit yang ditanggung oleh Adam.



"Ya Allah, Subhanahuwataala..Sungguh besar dugaanMu terhadap mereka. Ringankanlah dugaan mereka, Ya Allah. Sembuhkan lah Adam , Ya Allah," . Tidak putus-putus Balkis berdoa kepada Allah SWT. Balkis cuma mengharapkan berlakunya keajaiban dari Allah SWT bagi meringankan beban yang telah mereka adik beradik tanggung selama ini.



Balkis sememangnya seorang yang kuat dan tabah. Dia cepat-cepat mengesat air matanya dan menenangkan hati Alia yang sudah tentu dalam kesedihan menunggu apa yang bakal terjadi. Balkis sememangnya amat kagum dengan Alia, yang amat tabah mengharungi semua dugaan ini di usia yang begitu muda. Keadaan Alia tenang kembali, dia sudahpun mula tersenyum seolah-olah tiada apa yang sedang terjadi. Dari luar bilik wad, Balkis hanya mampu melihat Adam yang disumbat dengan pelbagai wayar di bahagian badannya. Muka Adam pucat sekali, namun raut wajahnya kelihatan seperti dia sedang tersenyum. Rasa hiba singgah di hati Balkis kerana dia tidak sempat pun untuk mengenali hati budi hamba Allah yang bernama Adam ini. Namun, Balkis redha dengan apa yang terjadi. Dia langsung meminta diri dan berjanji kepada Alia bahawa dia akn menjenguk Adam setiap hari di hospital.



Pulanya ke bilik, Balkis segera mengambil wudhuk, dan menunaikan solat Zohor. Setelah selesai solat, Balkis sudah tidak dapat menyembunyikan air matanya lagi di hadapan Diana yang ketika itu baru sahaja mahu mengambil wuduk untuk menunaikan solat.



Diana yang terkejut dengan tindakan Balkis segera menenangkan hati temannya itu. Dalam tangisan, Balkis menceritakan semuanya kepada temannya,tentang perasaannya terhadap insan yang bernama Zikriel Adam itu. Diana berasa amat kasihan dan turut simpati dengan cerita Balkis, namun apa yang dia boleh lakukan, adalah menenangkan hati temannya itu. "Sabar Kis, sabar,".



Hari demi hari, tingkah laku Balkis sudah mula berubah, dia sudah jarang ke kelas, kurang bercakap, tidak lalu makan, selalu mengelamun namun tangannya sering memegang tasbih, mulutnya tak henti-henti berzikir, memohon doa terhadap Allah SWT. Diana amat risau dengan perubahan tingkah laku Balkis. Rutin hidup Balkis kini, hanyalah menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba Allah SWT iaitu solat dan berzikir, dan masanya banyak terluang di hospital bersama adik Adam, Alia.



Pada satu petang, ketika Diana hendak mentelaah di meja 'study' nya, dia melihat satu sampul surat terletak di meja 'study' Balkis yang kelihatan asing baginya. Diana tahu dia tidak patut mengusik barang peribadi Balkis, namun hatinya kuat menyuruh dia untuk membuka sampul surat tersebut.



"MasyAllah , Balkis!". Itu sahaja ungkapan yang mampu diluahkan Diana pabila dia selesai menteliti surat itu.



Pulangnya Balkis dari hospital,...



"Balkis, kita perlu berbincang,"

"Oh, awak dah tahu?" jawabnya selamba sambil tersenyum.

"Ye, dan saya rsa awk x patut buat mcm ni!"

" Ini pilihan sy, saya dah tekad,"



Kata-kata terakhir Balkis membuatkan Diana terpaku dan 'speechless'.



Tiga bulan telahpun berlalu dengan sekelip mata.



"Abang, termenung panjang nampak?"

Zikriel Adam terjaga dari lamunannya dan tersenyum.

" Alia ni, trkjut abang, nasib baik la jantung abang dah sembuh, klo tak, alamatnya tggal la adik sorang2,"

"Abang! janganlah ckp cmtu,,alia mntak maaf ya,"

"Ye3,,tawu takot..haha,,Alia,,Alia,,"



Tanpa disedari, tangannya hinggap di jantung lalu senyuman manis pn terukir sambil memanjatkan kesyukuran terhadap Illahi kerana telah memberikan peluang kedua untuk hidup di dunia.



"Assalamualaikum,"

"Walaikumsalam,." jawab Adam dan Alia serentak.

"Eh, Diana. Ad ap smpai awk mncari saya kt hospital ni?" .Adam kehairanan.

"Saya dtg ni nak smpaikan satu amanat dari seorang teman sy," jawab Diana sambil mnghulurkan satu sampul surat dan buku nota yang kelihatan seperti 'diari' lalu meminta dri untuk beredar.Adam bertambah kehairanan namun hanya menuruti kata-kata Diana.





-Assalamualaikum Zikriel Adam-



Maaflah jika kehadiran surat saya mengundang rasa tidak enak di hati dan membuang masa saudara. Sy di sni, cma ingin meluahkan ap yg sudah lama terbuku di hati saya.



Bismillahirahmanirahim..



Zikriel Adam, sesungguhnya saudara telah membawa satu cahaya kebahagiaan dalam hidup saya. Saya berasa amat bersyukur kerana dipertemukan dengan saudara, dan saya juga amat bersyukur kerana tidak terjatuh hati dengan seorang insan yang salah. Hanya pesan saya buat saudara, jaga jantung saudara sepertimana saya menyayanginya juga. Wassalam~



Yang sudah pergi menemui Allah SWT,

Balkis Hawa Aurora.




Deraian air mata jatuh berguguran tanpa Adam sedari. Dia kini tahu siapa penderma jantung yang telah berkorban deminya sehingga dia dapat menghirup nafas buat kali kedua di dunia.



Sambil mengenangkan Balkis, dia membelek buku yang diberi oleh Diana sebentar tadi.


Coretan hati



Ya Allah

Jika aku jatuh cinta

Cintakanlahlah aku pada seseorang yang cintanya tertaut padaMu

Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu



Ya Rabbana

Jika aku jatuh hati

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling dari hatiMu



Ya Rabbul Izzati

Jika aku rindu

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu



Ya Allah

Jika aku menikmati cinta kekasihMu

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu



Ya Allah

Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu

Jangan biarkan aku melampaui batas

Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu



Ya Allah

Seandainya telah engkau catatkan

Dia milikku tercipta buatku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan antara kami

Agar kemesraan itu abadi



Ya Allah Ya Tuhanku

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau Maha Mengetahui

Segala yang terbaik buat hambaMu ini



Ya Allah

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku

Di dunia dan di Akhirat

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biar aku sendirian

Di dunia ini mahupun di Akhirat





AMIN YA RABBAL ALAMIN..






"Ya Allah, sesunguhnya Balkis Hawa Aurora merupakan muslimah yang amat mulia. Tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman. Jadikanlah dia sebagai pasanganku di akhirat nanti, Ya Allah".

Doa Adam diiringi air mata seorang lelaki yang merindui kekasihnya. Tangannya menekap jantung milik Balkis Hawa Aurora,dan sambil tersenyum dia berbisik di hatinya, "Sesungguhnya aku akan menjaga jantungmu, sepertimana aku menyayangi diriku dan juga dirimu wahai Balkis Hawa Aurora.Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan aku pasangan dan cinta sejati. Amin."



~TAMAT~

2 comments: