Wednesday 22 August 2012

Raya Oh Raya!!..

Assalamualaikummmm!! Selamat hari raya!!! Maaf zahir dan batin...

hmm, amacam raya mpa?? sronok la tu...bgus2,,,,syukur alhamdulillah,,bersambutlah kita dgn sderhana ye.. 
thun ni, aku rya kat Kota bharu, Kelantan. (kampung belah abah aku)

Blik raya , sp x sronok kan??..
tp untuk aku, aku agk hiba skit raya thun ni,, ikhlas ckp, x se'happy' thun2 lepas..aku pn x twu knp..myb sbb usia aku yg da menginjak,,atau persekitaran ku? atau msalah dunia atau ekonomi kini yg hmpir menjejaskan hubungan keluarga sendri?? Wallahualam.

tapi, cuba fkir sejenak...tahukah kita apa itu SYAWAL??





SEJARAH SYAWAL

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah salallahu alaihi wassalam berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati terdapat dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka dengan segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah salallahu alaihi wassalam menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.

RAYA vs AIDILFITRI

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadah. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadah puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, yang mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu ALLAH menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

so skg, da fhm kan?? rmai antara kita x rsa nikmat syawal, sbb bnda ni lah,,*termasuk lah aku.
hmm,, hrp2 ramadhan n syawal yg akn dtg adalah lbih bermakna dr yg sebelumnya...

Amin,,


No comments:

Post a Comment